Saturday 26 February 2011

Bilal Masjid Abu Bakar As-Siddiq Kampung Baru





UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PERLIS
TAJUK :
BILAL MASJID ABU BAKAR AS-SIDDIQ KAMPUNG BARU

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA: FARIHIN BINTI ABDUL RAZAK
MATRIC NO. : 2010620904
KUMPULAN: BMB2Bb                                      

DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN

PROGRAM :
IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN)
PENGURUSAN PERNIAGAAN (KEWANGAN)

TARIKH HANTAR :
3 MAC 2011


KANDUNGAN :

TAJUK :
BILAL MASJID ABU BAKAR AS-SIDDIQ

1.     Isi kandungan
2.     Abstrak
3.     Pendahuluan
4.     Latar balakang Bilal Masjid
5.     Latar belakang Masjid
6.     Kemudahan-kemudahan masjid
7.     Fungsi masjid kepada masyarakat sekeliling
8.     Pengalaman berharga Haji Marzuki
9.     Kenangan manis dan pahit Haji Marzuki
10.  Masalah-masalah yang di hadapi dan penyelesaian
11.  Harapan dan cita-cita Haji Marzuki
12. Pandangan terhadap tokoh
13.  Kesimpulan

14. Rujukan






Abstrak

            Masjid adalah sebuah institusi yang berperanan besar dalam memperkembangkan dakwah Islamiah dari dahulu sehinggalah hari ini. Namun, institusi hanya akan berfungsi seandainya ada orang yang bekerja di dalamnya. Justeru, penggerak-penggerak institusi ini adalah tokoh-tokoh agama yang sepatutnya kita hargai kerana tanpa mereka sudah tentunya dakwah Islamiah kita akn terhenti begitu sahaja tanpa penyambungnya. Mereka-mereka ini tidak mengharapkan apa-apa balasan keduniaan tetapi hanyalah mengharapkan keredhaan ALLAH s.w.t agar usaha mereka mendapat keberkatan dan dipermudahkan bagi mereka. Oleh itu, pada cuti pertengahan semester yang lalu, iaitu pada hari Jumaat bersamaan 4 Februari 2011, saya telah ke rumah seorang Bilal masjid iaitu Masjid Abu Bakar As-Siddiq Kampung Baru. Tujuan saya ke rumah beliau adalah untuk menemuramah beliau tentang institusi masjid ini dan juga tentang diri beliau.



Pendahuluan.

        Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kuniaNya, saya Farihin Binti Abdul Razak, kini telah berjaya berjaya untuk menyediakan esei CTU 551 ini dengan jayanya dan juga berjaya untuk menemuramah seorang bilal masjid bagi tujuan mendapatkan bahan penulisan saya ini iaitu Bilal Masjid Abu Bakar As-Siddiq Kampung Baru ini.

            Esei ini ditulis adalah untuk menceritakan seba sedikit tentang sebuah institusi masjid yang terdapat di Bandar Sungai Petani, Kedah dari mana saya berasal.  Di dalam esei ini saya telah menceritakan tentang sedikit latar belakang masjid, kemudahan dan fungsi masjid kepada masyarakat sekeliling. Esei ini juga ditulis bagi mencertakan tentang perihal salah seorang tokoh masjid ini yang juga merupakan bilal masjid ini. Saya telah menemuramah beliau bagi mendapatkan sedikit sebanyak latar belakang beliau, pengalaman, kenangan dan juga harapan beliau.

            Diharapkan agar, melalui penulisan esei ini, ramai yang akan dapat mengenali tentang masjid ini dengan lebih rapat walaupun tidak pernah mengunjunginya dan juga dapat mengenali tokoh agama yang telah saya temuramah ini.


Latar belakang Bilal Masjid

        Nama Bilal ini ialah Marzuki Bin Ahmad. Beliau berusia 69 tahun pada tahun ini. Beliau menetap di Taman Mewah, Sungai Petani, Kedah. Beliau masih mempunyai seorang isteri, 2 orang anak lelaki, seorang anak perempuan, 2 orang menantu dan 6 orang cucu. Beliau dahlunya adalah seorang guru dan pada akhir perkhidmatannya dalam bidang perguruan, beliau telah menjadi seorang guru besar di salah sebuah sekolah rendah di Sungai Petani ini. Beliau telah mula menjadi Bilal di Masjid Abu Bakar As-Siddiq Kampng Baru ini ialah pada tahun 2001 yang lalu.

Bilal Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Haji Marzuki bin Ahmad





Latar Belakang Masjid

            Masjid Abu Bakar As-Siddiq Kampung Baru ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Tuanku Sultan Abdul Halim Muazzam Shah iaitu Sultan negeri Kedah pada tahun 1976. Masjid ini terletak di kawasan perumahan yang bernama Kampung Baru, justeru, nama masjid ini adalah berdasarkan nama tempat ini dan di situ jugalah ramai jemaah yang selalu mengimarahkan masjid ini tinggal. Lokasi masjid ini adalah ditepi jalan raya yang besar dan sibuk. Bersebelahan masjid ini terdapat sebuah stesen minyak Petronas dan tidak jauh juga dari stesen minyak Mobil. Oleh itu, adalah amat mudah bagi orang ramai untuk menjumpai masjid ini.

            Seperti masjid-masjid yang lain, masjid Abu Bakar As-Siddiq ini juga mempunyai ahli-ahli jawatankuasa masjidnya yang tersendiri. Mereka ini terdiri daripada Imam masjid yang juga merupakan Pengerusi AJK Masjid ini, seorang setiausaha, seorang bendahari dan 4 orang ajk-ajk lain. Di dalam masjid ini juga terdapat 2 orang bilal termasuk baliau dan 2 orang siak. Walaubagaimanapun, seorang bilal dan seorang siak kini telah bersara atas sebab-sebab kesihatan yang tak dapat nak dielakkan. Selain itu, terdapat juga ajk-ajk pendidikanyang berfungsi sebagai dalam mengadakan kelas-kelas kafa dan menjadi tenaga-tenaga pengajar taska yang bertempat di ruang bawah masjid ini.

Hadapan Masjid

Kemudahan

            Terdapat kemudahan-kemudahan yang disediakan di masjid ini untuk kegunaan para jemaah masjid tak kiralah jemaah tetap masjid mahupun jemaah yang singgah sebentar di masjid ini. Kemudahan yang disediakan termasuklah kemudahan khemah dan tikar untuk jemaah-jemaah yang terpaksa solat berjemaah di luar masjid disebabkan oleh keluasan binaan masjid yang kecil sahaja. Terdapat juga LCD Projector dan skrin berserta video kamera bagi membolehkan jemaah-jemaah yang berada diluar masjid ini menonton dan melihat ceramah ataupun khutbah yang diberikan di dalam masjid. Selain itu, kemudahan lain juga ada seperti kain telekung, kain pelekat, tandas yang bersih, rak-rak kasut  dan kemudahan tempat untuk mngambil air sembahyang. Kemudahan-kemudahan yang disediakan ini dijaga rapi oleh ajk-ajk masjid dan jua jemaah-jemaah masjid yang selalu turun ke masjid ini.

Tempat untuk mengambil wuduk
kerusi untuk berehat seketika


antara khemah yang disediakan

Kelihatan rak kasut dan juga lcd skrin yang terdapat di masjid ini.
 
 


Fungsi Masjid kepada Masyarakat Sekeliling.

          Secara amnya, Masjid Abu Bakar As-Siddiq Kampung Baru ini berperanan sama seperti masjid-masjid lain iaitu sebagai tempat para jemaah berkumpul dan bersama-sama mengerjakan solat secarta berjemaah. Di sini jugalah mereka mendapatkan ilmu agama tambahan melaluiceramah-ceramah agama dan juga kuliah-kuliah agama yang dianjurkan oleh pihak masjid.

          Selain itu, di masjid ini juga terdapat kelas-kelas kafa yang dianjurkan oleh ajk-ajk pendidikan masjid untuk mengajar bukan sahaja kanak-kanak dan juga remaja membaca dan mengenali Al-Quran tetapi juga golongan tua yang tinggal dikawasan ini. Kelas Taska juga ada dijalankan di masjid ini yang bermula dari jam 8 pagi sehigga jam 12 tengah hari.di kelas ini, kanak-kanak berusia 6 tahun akan diajarkan asas pra sekolah sama seperti tadika-tadika lain tetapi ada tambahan pengajaran bahasa Arab yang diajarkan kepada mereka.

Di samping itu, di masjid ini jugamerupakantempat buat penduduk tempatanuntuk menambut dan mengadakan sesuatu majlis seperti kenduri kahwin, majlis khatam Al-Quran, upacara qurban, dan juga menyambut Perayaan Aildilfitri dan juga AidilAdha.          

Pemandangan dalam masjid dari luar

Papan tanda Taska yang terdapat di bawah belakang masjid
 
Pengalaman yang berharga Haji Marzuki

            Menurut beliau, pengalaman yang berharga pada beliau ialah kejayaan beliau dalam menarik lebih ramai jemaah untuk turun dan mengimarahkan masjid ini dengan menunaikan solat tak kiralah sama ada solat fardhu mahupun solat Jumaat. Kalau dahulunya hanya terdapat hanya satu saf sahaja ketika mereka berjemaah waktu, kini bilangan itu telah meningkat kepada 40 hingga 50 orang pada satu-satu masa solat. Jemaah ketika solat Jumaat pula telah meningkat sehinga mencecah 500-600 orang pada satu-satu masa. Di samping itu, beliau juga mempunyai satu pengalaman berharga lain iaitu kejayaan beliau untuk mengadakan ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah agama di masjid ini bagi setiap waktu solat. Sebelum ini, ceramah hanya diadakan diantara waktu Solat Maghrib dan Isyak,kini ceramah akan ada sebaik sahaja usai solat fardhu bagi menambahkan lagi pengetahuan jemaah yang hadir ke masjid.


Kenangan Manis dan Pahit  Haji Marzuki

            Menurut beliau, kejayaan-kejayaan beliau dan ajk-ajk majid dalam usaha mereka menarik lebih ramai jemaah untuk turun ke masjid dan mengadakan ceramah –ceramah selapasa waktu solat adalah kenangan manis buat diri beliau. Hal ini kerana, setelah beliau dilantik untuk menjadi bilal majid ini, beliau sendiri yang telah mencadangkan dan menjadi yang kuat turun padang bagi mancapai hasratnya itu. Justeru, kejayaan ini adalah satu kenangan yang sukar untuk beliau lupakan iaitu pamandangan ketika jemaah turun ke masjid ini telah mencecah ratusa orang pada pertama kalinya. Walaubagaimanapun, beliau juga mempunyai pengalaman dan kenangan pahit dimana dahulunya, jemaah-jemaah yang berkumpul di masjid ini kesemanya bersatu hati dan tidah dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti politik ketika mereka bersama tetapi kini isu politik telah menampakkan jurang diantara mereka dan kerenggangan dan juga ketegangan walaupun ianya tidaklah begitu ketara.



Masalah-masalah Yang Dihadapi

  1. Seperti yang telah dimaklumkan, masjid ini terletak di tepi sebuah jalan raya yang besar dan sibuk. Justeru, memang ramailah orang luar yang singgah ke masjid iniuntuk menunaikan solat dan juga merehatkan diri dan menyegarkan diri mereka. Kehadiran ramai orang luar adalah baik dan amat dialu-alukan, tetapi kebanyakkan mereka yang singah ke masjid ini telah mengotorkan kawasan masjid. Sebagai contoh, ada dikalangan orang luar ini yang datang bersama ahli-ahli keluarga yang juga masih mempunyai anak kecil. Selain menunaikan solat, si ibu telah menukarkan lampin anaknyadan lampin yang kotor itu tidak pula dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan bahkan hanya ditinggalkan dan dibiarkan sahaj di tepi pintu tandas. Keadaan dan kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku di dalam kawasan masjid dan juga di man-mana tempat lain. Sebetulnya ianya adalah tanggungjawab semua dalam menjaga kebersihan Rumah ALLAH s.w.t ini. Hal ini yang agak sering kali berlaku di masjid ini telah menyababkan beberapa ajk-ajk masjid merungut kepada beliau. Namun, mereka tetap juga membantu menbersihkan kawasan masjid ini.


  1. Seperti yang telah dimaklumkan juga, masjid ini telah menyediakan kemudahan kain telekung dan kain pelekat kepada para jemaah dan juga para jemaah dari luar untuk memudahkan mereka menunaikan solat di masjid ini. Malangnya, jemaah-jemaah dari luar ini tidah tahu menghargai kemudah-kemudahan yang telah disediakan oleh pihak masjid. Kain telekung yang telah digunakan tidak dilipat semula dan hanya ditnggalkan begitu sahajakain pelekat yang disediakan pula bukan sahaja tidak dilipat tetapi telah diambil dan dibuat harta sendiri sahaja. Sungguh tidak patut mereka buat begini. Perbuatan sperti ini samalah seperti kita telah mencuri harta wakaf . Ingatlah,  walau sekecil mana pun kita mencuri atau mengambil harta yang bukan hak kita, di khirat nanti ALLAH s.w.t pasti akan membalasnya kepada kita kerena ALLAH s.w.t itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan.


  1. Masjid ini juga menghadapi masalah dalam proses penukaran nama masjid ini. Pada asalnya, nama masjid ini adalah Masjid Kampung Baru. Hal ini kerana lokasi masjid ini yang berada di kawasan perumahan yang bernama sedemikian. Baru-baru ini, ahli-ahli jawatankuasa masjid telah bermesyuarat dan sebulat suara untuk menukar nama masjid kepada Masjid Abu Bakar As-Siddiq. Namun masalah timbul apabila di bandar Sungai Petani ini juga telah terdapat sebuah surau yang bernama Surau Abu Bakar As-Sddiq yang terletak di kawasan perumahan Taman Petani Jaya. Masalah yang dihadapi ialah kesemua surat-menyurat milik masjid ini telah dihantar ke surau tersebutdan menyebabkan keclaruan. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini, ahli-ahli jawatankuasa masjid initelah sekali lagi bermesyuarat dan akhirnya bersetuju menembahkan nama masjid ini kepada Masjid Abu Bakar As-Siddiq Kampung Baru.




Harapan dan Cita-cita

             Diakhir temu ramah saya dengan bilal ini, saya telah bertanyakan kepada beliau tentang harapan dan cita-cita beliau sama ada terhadap institusi ini dan juga terhadap masyarakat. Beliau berharap dan masih lagi bercita-cita untuk terus menarik lebih ramai lagi jemaah untuk terus turun dan mengimarahkan masjid ini agar umat Islam di sini akan terus teguh dan kukuh dirinya dan kemuafakatannya.



Pandangan saya terhadap tokoh ini dan juga terhadap masjid.    
       Saya telah lama mengenali tokoh ini sebenarnya. Pada pandangan saya tokoh ini adalah seorang yang amat berwibawa dan berwawasan orangnya. Ini dapat dilihat apabila beliau telah berjaya menarik lebih ramai jemaah untuk turun mengimarahkan masjid Abu Bakar As-Siddiq ini.  Saya berharap agar beliau akan terus berjaya dalam misi beliau dan ajk-ajk masjid ini untuk terus memperjuangkan dalam mengimarahkan masjid dan juga menarik lebih ramai golongan belia seperti diri saya ini untuk sama-sama turun dan seterusnya menjadi penyambung kepada mereka ini untun turun ke masjid agar rumah ALLAH s.w.t ini tidak akan sunyi sampai bila-bila.

Pandangan saya terhadap masjid ini pula adalah masjid ini sekiranya mendapat lagi tanah wakaf boleh lagi diperbesarkan agar jemaah-jemaah yang mencecah ratusan orang ini dapat menunaikan solat berjemaah dengan lebih selesa


Kesimpulan.
        Kesimpulannya, institusi masjid ini hanya dapat bergerak sekiranya ada yang memulakannya dan menggerakkannya. Oleh itu, marilah kita bersama mencontohi bilal ini dan juga rakan-rakannya dalam bersama menggerakkan institusi masjid ini agar terus maju dan tidak dilupakan. Sesungguhnya, ALLAH s.w.t amat menyukai mereka yang bersama mengimarahkan masjid dan solat beremaah.




Rujukan. 


1. Masjid Abu Bakar As-Siddiq Kampung Baru
2. Haji Marzuki bin Ahmad. 




No comments:

Post a Comment